gee

Tuesday, June 24, 2008

Hukum menyalahkan takdir

Apakah hukumnya menyalahkan takdir, tapi sesudah itu dia menyedarinya dan bertaubat di atas kesalahannya itu.

Jawapan :

Perbuatan menyalahkan takdir merupakan satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang yang bergelar mukmin kerana salah satu rukun iman adalah beriman kepada qada' dan qadar. Lantaran itu kita perlu berdoa dan melaksanakan kewajiban dan kebajikan diri sendiri untuk dunia dan akhirat

Monday, June 16, 2008

Monolog seram-seram kuku

Tajuk: ANTARA AKU DAN DIA ADA KAMU…

‘Kamu’…
Aku tak kenal siapa kamu,
Tapi bila aku berjumpa kamu,
Aku rasa aku macam ada hubungan dengan kamu..
Dan entah mengapa?, hatiku berdebar debar di sepanjang aku melihat kamu..

‘Kamu’…
Segalanya bermula pada satu petang yang damai,
Ketika senja bangkit memerahkan langit biru, lalu warna kuning keemasan menyulubungi jalan jalan…

Aku yang sedang memandu sambil menyanyi dalam kereta…
Tiba tiba terkejut manusia akibat melihat seorang lelaki berdiri di tepi jalan, dengan pakaian yang kemas, sedang tangan lurus ke depan, jari terbuka dan melambai lambai…

Lelaki itu adalah driver kamu…

Aku terus tutup radio yang turut menyanyi lagu yang sama dengan aku tadi, aku bagi signal kiri untuk berhenti dan aku berhenti…

Belum sempat aku bertanya akan WH question pada driver kamu, terus driver kamu menyatakan masalah kamu…

‘Kamu’…
Tayar kereta kamu pancit
Kamu nak tukar tayar, tapi kamu tiada accessory yang berkaitan ler pulak…

‘Kamu’…
Ketahuilah, aku yang selaku sedang belajar menjadi lelaki beriman akhir zaman, terus menolong driver kamu menukar tayar kereta kamu yang pancit itu, tapi kamu yang duduk di dalam kereta tak turunpun, dan aku tak kisah, kerana aku menolong kamu dengan ikhlas…

‘Kamu’…
Namun begitu, ketika aku sedang ketatkan empat skru tayar ganti yang baru pada kereta kamu itu, aku sebenarnya banyak terfikir tentang kamu, dan banyak soalan ingin diajukan kepada kamu.., seperti:

Siapakah artis yang paling diminati kamu?
Siapakah yang kamu rasa paling sesuai untuk jadi pengetua AF musim ke tujuh?
Kamu Pernah lemas sungai tak?
Kamu Ada alahan tak terhadap makanan yang naik harga?
Apa pendapat kamu tentang kenaikkan harga minyak?
Bagaimanakah apungan ringgit dapat membantu ekonomi kamu?
Apa pendapat kamu terhadap Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang yang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri?
Sejauh mana kamu faham tentang kontrak sosial?
Kamu ada baca blog keretamayat tak?(soalan bonus)
Dan sebagainya….
‘Kamu’..
Walau bagaimanapun, soalan-soalan dari aku itu tak perlulah kamu jawab, dan tak perlulah driver kamu tolong jawabkan..

Kerana kamu nak cepat dan setelah aku bersalam dengan driver kamu, maka kamupun berlalu…

Lalu aku dan kamu terpisah, dan entah bila aku dan kamu akan berjumpa lagi?

Dan aku ulang lagi sekali wahai kamu.., akan soalan soalan dari aku itu. tak perlulah kamu jawab, tak perlu, langsung tak perlu…

Sebab kamu sebenarnya ada soalan lain yang lebih besar menanti kerana pada ketika kereta kamu berlalu, aku sempat membaca tulisan di badan keretamu..,

Dalam keadaan merangkak, err, maksud aku membaca tulisan itu dalam keadaan ‘merangkak’.., maklumlah.. tulisan jawi…

“(Kaf)ke-n(Nun)-de(Da)-ra(Ro)-an(alif)…..(Jim)je-(Nun)na-(Zai)zah(Ha)”

“Kenderaan Jenazah a.k.a Kereta mayat!”

Dan kereta kamu terus berlalu menuju kubur…

‘Kamu’,
Selamat menjawab soalan dari Tuhan…

SEKIAN.

Saturday, June 14, 2008

Friday, June 13, 2008

Takdir Dan Waktu

Mega

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

Wednesday, June 4, 2008

TRILOGY CINTA

The Rock ft Dhani - Munajat Cinta (original clip from dhani)

Harga Petrol Melambung Naik... Hadiah buat Rakyat setelah Pilihanraya

Sedih dan sayu hati saya bila mengetahui harga minyak dan elektrik akan dinaikkan.... kalau sepuluh sen boleh tahan lagi.... ni tak naik sampai 78 sen menjadi RM 2.70..... kenaikan sebanyak 40%....
40% kenaikan petrol memang amat membebankan. Apatah lagi mana mungkin kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barangan. Bayangkan hanya sekelip mata beras naik kira2 RM10 bagi sepuluh kilo. Baru amat naiknya apakah mungkin taukey beras telah cukup dengan kenaikan ini yang kini terpaksa pula berdepan dengan kos pengangkutan malahan biaya lain yang tentunya naik.