gee

Friday, November 21, 2008

Periksa sendiri payu dara


RAMAI wanita sedar bahawa mereka boleh memeriksa sendiri payu dara masing-masing sebagai langkah awal untuk mengesan sebarang perubahan atau benjolan yang berkemungkinan adalah tanda amaran bagi penyakit barah payu dara.

Malangnya, tidak ramai yang mengambil berat berkaitan perkara itu dan jangan terkejut jika ada yang memberitahu bahawa dia tidak pernah melakukan pemeriksaan sendiri payu dara sepanjang hidupnya.

Pakar Perunding Perubatan Onkologi, Hospital Kanser NCI (NCICH) Nilai, Negeri Sembilan, Dr. R. Kananathan berkata, pemeriksaan sendiri itu sebenarnya amat penting agar barah yang dihidapi pesakit dapat dikesan lebih awal bukannya setelah berada pada peringkat teruk sehingga terpaksa membuang terus payu dara yang diserang barah.

‘‘Dengan pemeriksaan itu, wanita boleh mengenalpasti perubahan pada payu dara mereka iaitu daripada segi bentuk, saiz dan tekstur kulit termasuk jika adanya benjolan atau ketumbuhan.

‘‘Malah, wanita berusia 40 tahun ke atas turut digalakkan melakukan rutin pemeriksaan kesihatan dengan menjalani ujian mamogram setahun sekali atau lima tahun sekali sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program kesedaran barah payu dara, Pink Care di pusat membeli-belah One Utama, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program anjuran NCICH bersama syarikat pakaian dalam, Skiva diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit barah terutamanya barah payu dara dan bagaimana ia mampu memberi kesan kepada pesakit dan mereka yang disayangi.

Kananathan berkata, wanita jangan sesekali mengambil mudah tentang pemeriksaan awal ini kerana barah payu dara merupakan pembunuh nombor satu mereka. Di Malaysia, sepanjang tiga tahun daripada 2003 hingga 2006, dianggarkan seramai 66,000 pesakit barah dikesan dengan 11,952 adalah barah payu dara.

Jelasnya, wanita Cina paling banyak menghidapi barah payu dara dengan pecahan satu daripada 16 adalah kaum Cina, satu daripada 17 adalah India dan satu daripada 28 merupakan wanita Melayu.

Dalam program Pink Care yang berlangsung selama empat hari berakhir 2 November lalu, pelbagai aktiviti telah dianjurkan antaranya, pertunjukan fesyen Skiva, melukis wajah, pertandingan mencipta pakaian Halloween untuk kanak-kanak dan pertunjukan silap mata.

Pada masa yang sama sepanjang kempen tersebut, sebanyak 30 peratus hasil jualan pakaian dalam Skiva akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA).

Saturday, July 26, 2008

Tuesday, June 24, 2008

Hukum menyalahkan takdir

Apakah hukumnya menyalahkan takdir, tapi sesudah itu dia menyedarinya dan bertaubat di atas kesalahannya itu.

Jawapan :

Perbuatan menyalahkan takdir merupakan satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang yang bergelar mukmin kerana salah satu rukun iman adalah beriman kepada qada' dan qadar. Lantaran itu kita perlu berdoa dan melaksanakan kewajiban dan kebajikan diri sendiri untuk dunia dan akhirat

Monday, June 16, 2008

Monolog seram-seram kuku

Tajuk: ANTARA AKU DAN DIA ADA KAMU…

‘Kamu’…
Aku tak kenal siapa kamu,
Tapi bila aku berjumpa kamu,
Aku rasa aku macam ada hubungan dengan kamu..
Dan entah mengapa?, hatiku berdebar debar di sepanjang aku melihat kamu..

‘Kamu’…
Segalanya bermula pada satu petang yang damai,
Ketika senja bangkit memerahkan langit biru, lalu warna kuning keemasan menyulubungi jalan jalan…

Aku yang sedang memandu sambil menyanyi dalam kereta…
Tiba tiba terkejut manusia akibat melihat seorang lelaki berdiri di tepi jalan, dengan pakaian yang kemas, sedang tangan lurus ke depan, jari terbuka dan melambai lambai…

Lelaki itu adalah driver kamu…

Aku terus tutup radio yang turut menyanyi lagu yang sama dengan aku tadi, aku bagi signal kiri untuk berhenti dan aku berhenti…

Belum sempat aku bertanya akan WH question pada driver kamu, terus driver kamu menyatakan masalah kamu…

‘Kamu’…
Tayar kereta kamu pancit
Kamu nak tukar tayar, tapi kamu tiada accessory yang berkaitan ler pulak…

‘Kamu’…
Ketahuilah, aku yang selaku sedang belajar menjadi lelaki beriman akhir zaman, terus menolong driver kamu menukar tayar kereta kamu yang pancit itu, tapi kamu yang duduk di dalam kereta tak turunpun, dan aku tak kisah, kerana aku menolong kamu dengan ikhlas…

‘Kamu’…
Namun begitu, ketika aku sedang ketatkan empat skru tayar ganti yang baru pada kereta kamu itu, aku sebenarnya banyak terfikir tentang kamu, dan banyak soalan ingin diajukan kepada kamu.., seperti:

Siapakah artis yang paling diminati kamu?
Siapakah yang kamu rasa paling sesuai untuk jadi pengetua AF musim ke tujuh?
Kamu Pernah lemas sungai tak?
Kamu Ada alahan tak terhadap makanan yang naik harga?
Apa pendapat kamu tentang kenaikkan harga minyak?
Bagaimanakah apungan ringgit dapat membantu ekonomi kamu?
Apa pendapat kamu terhadap Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang yang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri?
Sejauh mana kamu faham tentang kontrak sosial?
Kamu ada baca blog keretamayat tak?(soalan bonus)
Dan sebagainya….
‘Kamu’..
Walau bagaimanapun, soalan-soalan dari aku itu tak perlulah kamu jawab, dan tak perlulah driver kamu tolong jawabkan..

Kerana kamu nak cepat dan setelah aku bersalam dengan driver kamu, maka kamupun berlalu…

Lalu aku dan kamu terpisah, dan entah bila aku dan kamu akan berjumpa lagi?

Dan aku ulang lagi sekali wahai kamu.., akan soalan soalan dari aku itu. tak perlulah kamu jawab, tak perlu, langsung tak perlu…

Sebab kamu sebenarnya ada soalan lain yang lebih besar menanti kerana pada ketika kereta kamu berlalu, aku sempat membaca tulisan di badan keretamu..,

Dalam keadaan merangkak, err, maksud aku membaca tulisan itu dalam keadaan ‘merangkak’.., maklumlah.. tulisan jawi…

“(Kaf)ke-n(Nun)-de(Da)-ra(Ro)-an(alif)…..(Jim)je-(Nun)na-(Zai)zah(Ha)”

“Kenderaan Jenazah a.k.a Kereta mayat!”

Dan kereta kamu terus berlalu menuju kubur…

‘Kamu’,
Selamat menjawab soalan dari Tuhan…

SEKIAN.

Saturday, June 14, 2008

Friday, June 13, 2008

Takdir Dan Waktu

Mega

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

Wednesday, June 4, 2008